Mohd Shuhaily Dikembalikan Ke PDRM, Penempatan AKPS Ditamatkan

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 12:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 40

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan keputusan untuk mengembalikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa keputusan berhubung penamatan peminjaman kader berkenaan telah dibuat pada minggu lalu.

Artikel berkaitan: Salah Seorang Anggota Didakwa Dikasari Shuhaily Dilaporkan Alami Trauma, Perlu Rawatan Psikiatri

Artikel berkaitan: Shuhaily Bakal Didakwa Esok, Bersedia Hadapi Proses Perundangan

“Dia adalah kader polis ke AKPS. IGP (Ketua Polis Negara) dah jelaskan. Jadi kita kembalikan dia pulang kepada pasukan polis dan pihak polis akan menyusullah,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa jawatan Ketua Pengarah AKPS yang baharu akan disi oleh pegawai daripada pihak polis.

Merujuk Nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC)

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, menyatakan bahawa status perkhidmatan Shuhaily di AKPS perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan nasihat perundangan.

Langkah berkenaan diambil sebelum sebarang keputusan rasmi berhubung penamatan atau pemendekan tempoh perkhidmatannya diangkat untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mohd Khalid, rujukan kepada AGC adalah wajar memandangkan penugasan Shuhaily di AKPS merupakan kontrak peminjaman kader daripada PDRM selama dua tahun yang disahkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda.

Berdepan Pertuduhan Kes Cederakan Anggota

Langkah pengembalian Shuhaily ke PDRM ini menyusul selepas beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada 28 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Shuhaily, 54, didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengikut dakwaan menyebut beliau dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohamad Faiz Saman dan Muhammad Ekmal Sofwan Dirman berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari.

Kertas siasatan berhubung insiden tersebut sebelum ini telah dirujuk kepada AGC selepas pihak polis merakam keterangan 25 orang saksi untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved