“Mohon Doakan Cik Man…” Pelakon Veteran Kini Kritikal, Ditidurkan Di ICU

LocalHealth & Fitness
5 Aug 2026 • 5:45 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Mohon Doakan Cik Man…” Pelakon Veteran Kini Kritikal, Ditidurkan Di ICU

KUALA LUMPUR: Dunia seni tanah air dikejutkan dengan berita mengenai pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Difahamkan, Cik Man dimasukkan ke hospital pada tengah malam semalam selepas mengalami saluran jantung tersumbat, sebelum ditidurkan bagi membolehkan pasukan perubatan memberikan rawatan rapi.

Menurut pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak, keadaan Cik Man ketika ini amat membimbangkan dan beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Keadaan beliau terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini telah ditidurkan untuk beliau berehat serta doktor melakukan rawatan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Keluarga Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

Dalam masa sama, seorang individu dipercayai ahli keluarga, Amin, turut memaklumkan menerusi Threads bahawa Cik Man kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan mesin dan masih menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tanah Merah.

“Keadaan Kamaro kritikal. Telah ditidur dan bergantung penuh pada mesin. Mohon doa supaya dipermudahkan segalanya,” tulisnya.

Perkongsian itu pantas mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat yang membanjiri ruangan komen dengan doa agar pelakon veteran berkenaan diberikan kesembuhan.

Pelawat Belum Dibenarkan

Amir turut memaklumkan bahawa buat masa ini pihak hospital masih belum membenarkan sebarang pelawat memasuki wad bagi memberi ruang kepada pasukan perubatan menjalankan rawatan serta memantau keadaan Cik Man.

Beliau turut mengajak orang ramai supaya sama-sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan Cik Man kembali sembuh seperti sediakala.

Namun, ketika artikel ini dikemas kini, Cik Man dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 petang di Hospital Tanah Merah. Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak keduanya, Fakhrol Aliff. Seluruh warga TMU mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah. – The Malaysian Update

The post “Mohon Doakan Cik Man…” Pelakon Veteran Kini Kritikal, Ditidurkan Di ICU appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved