Mohon sumbangan naik taraf tapak parkir Bukit Telipong

10 Dec 2023 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rosli menunjukkan tapak parkir di Bukit Telipong yang lecah terutamanya ketika hujan.

KUBANG PASU - Pengurusan tempat parkir di Bukit Telipong di Felda Batu Lapan dekat sini memohon sumbangan mana-mana pihak untuk menaik taraf kawasan parkir di situ.

Ahli Jawatankuasa Kami Anak Felda (KAF), Rosli Saad berkata, sebelum ini mereka telah pun menambun tapak parkir berkenaan dengan tanah.

"Tetapi apabila hujan, kawasan ini lecah semula, sampaikan ada kereta pengunjung yang tersangkut dan terpaksa ditarik keluar," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Menurutnya, bukit terbabit mula menjadi tumpuan orang ramai dan sebolehnya pihak KAF ingin menyediakan kemudahan parkir yang selesa.

"Bukit ini bukan sahaja dikunjungi pendaki di dalam Kedah, malah luar dari Kedah pun ramai, jadi kita mahu menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pengunjung supaya mereka tidak serik ke sini lagi," katanya.

Jelasnya, setiap kereta yang masuk parkir di sini akan dikenakan bayaran RM3 untuk menampung bayaran sewa kepada pemilik tanah.

"Kami bercadang untuk tambun batu supaya tapak ini tidak cepat becak, tetapi itulah, kami tak ada modal yang tinggi untuk menampung kos berkenaan.

"Jadi saya harap ada pihak yang sudi membantu kami dan menyumbang demi pembangunan Bukit Telipong," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved