“Mohon Tunjuk Ajar, Bimbingan & Doa Semua”, Nama Adam Adli Trending, Timb. Menteri Paling Muda

Politics
9 Dec 2022 • 10:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Setelah pengumuman senarai timbalan menteri dibuat oleh Perdana Menteri sebentar tadi, nama YB Adam Adli menjadi trending di laman Twitter berikutan reaksi warganet selepas beliau diumum sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Belia & Sukan.

Rata-rata, para warganet mengucapkan tahniah kepada beliau di atas perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Ada yang menzahirkan rasa terharu dan seakan-akan tidak percaya karier politiknya memandangkan dahulu beliau lebih terkenal sebagai aktivis pelajar ketika zaman pengajian di sebuah universiti. Bersama dengan Menteri KBS, YB Hannah Yeoh, ramai yang berpendapat gandingan dua pemimpin muda ini merupakan duo yang tepat untuk menerajui kementerian tersebut.

image is not available
Kredit: Twitter

Malah, YB Hannah Yeoh sendiri turut berkongsi rasa gembiranya dengan pengumuman pelantikan tersebut melalui satu ciapan di Twitternya.

YB Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mendapat ucapan tahniah daripada sayap dalam PKR yang dipimpinya itu.

Beliau turut berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih terhadap YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada dirinya.

Di samping itu, beliau turut memohon kedua-dua individu yang lebih berpengalaman tersebut memberikan tunjuk ajar kepadanya yang pertama kali dilantik dalam Kabinet.

Dengan pelantikan tersebut, YB Adam Adli menjadi Timbalan Menteri paling muda dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau dilahirkan pada 3 Julai 1989 dan berumur 33 tahun ketika pelantikan ini dibuat.

Membuat penampilan dalam PRU 15 lalu, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen P137 Hang Tuah Jaya dengan majoriti 8,638 undi di bawah lambang Pakatan Harapan.

Sumber: Twitter