Momen anak-anak salam cium tangan sebelum ke sekolah cukup berharga -Syed Saddiq

LocalFamily & Parenting
18 Oct 2026 • 3:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui kehidupannya berubah sepenuhnya selepas sah bergelar suami kepada selebriti, Bella Astillah pada 10 Oktober lalu.

Rutin harian kini sudah berubah

Menerusi perkongsian di Instagram Teamsaddiq, Syed Saddiq, 33, berkata rutin hariannya kini berbeza apabila perlu mengutamakan keperluan isteri dan dua anak tirinya, Ayden Adrean serta Ara Adreanna, sebelum mereka berangkat ke sekolah.

“Seratus peratus hidup berubah. Sebelum ini hanya ada saya sahaja di rumah, tetapi sekarang bukan setakat isteri di sisi setiap pagi, malah ada dua orang anak sekali. Bagi saya, ini adalah sesuatu yang sangat mahal harganya.
“Dulu saya bangun awal untuk bersukan, tetapi sekarang rutin itu perlu diubah suai bagi menyiapkan anak-anak ke sekolah.
“Walaupun tempat kerja saya di Ampang dan jaraknya bukanlah dekat dengan kediaman, saya tetap gembira melakukannya,” katanya.

Bella dan anak-anak kekuatan terbesar

Mengulas mengenai penyesuaian dalam kehidupan berkeluarga, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata dia tidak menganggap tanggungjawab menguruskan keluarga sebagai satu bebanan.

Sebaliknya, kehadiran Bella dan anak-anak dianggap sebagai kekuatan terbesar yang memberikan motivasi tambahan dalam perjuangan politik serta kehidupan sehariannya.

“Saya beradaptasi dengan baik. Momen apabila anak-anak bersalam tangan sebelum ke sekolah itu sangat berharga.
“Walaupun mungkin ada yang melihat perubahan ini sebagai sesuatu yang radikal kerana perlu menguruskan isteri dan anak-anak, pada saya, mereka adalah kekuatan untuk saya terus berjuang serta mengubah perspektif saya dalam banyak perkara,” jelasnya lagi.

Image from: Momen anak-anak salam cium tangan sebelum ke sekolah cukup berharga -Syed Saddiq

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa kebahagiaan dalam kehidupan peribadinya kini memberikan kesan positif terhadap prestasi profesional, terutama ketika berucap di Parlimen.

“Dari situlah mungkin kadangkala ketika di Parlimen, saya berucap dengan lebih tenang walaupun orang luar tidak nampak.
“Saya kini mempunyai keluarga untuk saya pulang. Saya tidak akan menukar apa-apa dalam hidup saya demi mereka,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank pada 10 Oktober lalu.

Bella yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram teamsaddiq

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved