Momen Epik! Persembahan Sheila Majid & Empat Legenda Muzik Menyanyikan Lagu ‘Sinaran’ Bikin Netizen Terpukau

8 Nov 2026 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Momen Epik! Persembahan Sheila Majid & Empat Legenda Muzik Menyanyikan Lagu ‘Sinaran’ Bikin Netizen Terpukau

Tular di media sosial satu video memaparkan momen epik memaparkan lima legenda muzik tanah air iaitu Datuk Seri Sheila Majid, Datuk M. Nasir, Datuk Zainal Abidin, Ella dan Ning Baizura yang bergabung di atas satu pentas.Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu, kelima-lima penyanyi hebat itu dilihat berkongsi pentas menyampaikan lagu ikonik nyanyian asal Sheila Majid yang berjudul Sinaran sehingga mencuri perhatian ramai.Difahamkan, persembahan istimewa tersebut berlangsung pada Royal Charity Gala Dinner bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, pada Jumaat.Menerusi ruangan kapsyen, pemilik akaun berkenaan menyifatkan nyanyian kelima-lima penyanyi itu persembahan istimewa daripada pemuzik-pemuzik hebat yang menghimpunkan nama-nama besar industri muzik tanah air.“Sinaran versi Malaysia’s Living Legends.“Lagenda muzik tanah air Datuk Seri Sheila Majid, Datuk M. Nasir, Datuk Zainal Abidin, Ella & Ning Baizura di satu pentas semalam di Royal Charity Gala Dinner bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor,” tulisnya.Video tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya teruja melihat persembahan kelima-lima artis hebat tanah air itu.Sumber: Instagram

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved