Shila Amzah Terharu Terima Pujian Daripada Sheila Majid - “Anda Tak Tahu Betapa Bermaknanya…”

4 Nov 2026 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Shila Amzah Terharu Terima Pujian Daripada Sheila Majid - “Anda Tak Tahu Betapa Bermaknanya…”

Penyanyi Datuk Seri Sheila Majid mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Shila Amzah kerana memilih untuk membawa lagu Legenda dengan cara tersendiri.  Menerusi hantaran di Threads, Sheila juga memuji persembahan Shila di Anugerah Seri Angkasa 2026 yang berlangsung pada 24 Oktober lalu.   “Masya-Allah… Alhamdulillah. Terima kasih @shahilaamzah kerana memilih untuk membawakan lagu Legenda dengan cara anda yang tersendiri dan istimewa.  “Persembahan yang sungguh hebat! Syabas!” tulis Sheila.  Shila meluahkan rasa teruja dan terharu apabila menerima pujian daripada seorang legenda seperti Sheila Majid.  “Terima kasih banyak-banyak! 😭❤️ Anda tidak tahu betapa bermaknanya perkara ini bagi saya, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seorang legenda seperti anda. 🥹  “Anda sentiasa menjadi inspirasi yang sangat besar buat saya dan ramai orang lain,” kongsi Shila.  Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu juga menganggap pujian yang diberikan oleh seseorang yang sangat dikaguminya sangat bermakna buat dirinya.  “Mendengar kata-kata ini daripada seseorang yang sangat saya kagumi benar-benar bermakna segala-galanya bagi saya.  “Saya akan menghargai kenangan ini selamanya,” katanya lagi.  Sumber - Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved