Momen Hiba, Pemilik Hanya Mampu Pegang Tasbih, Berzikir Lihat Rumah Ranap Dibadai Arus Banjir

30 Nov 2024 • 7:38 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Reda dengan ujian, itu yang dapat digambarkan daripada sepotong video seorang lelaki yang hanya terduduk kaku memegang tasbih sambil berzikir melihat kediamannya hampir musnah dibadai arus banjir.

Menerusi sepotong video yang tular di TikTok, lelaki yang lengkap berkopiah putih itu tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain memanjatkan doa.

Dapat dilihat juga bahagian rumah itu sedikit demi sedikit runtuh diterpa arus banjir yang kuat, difahamkan berlaku di sekitar kawasan Tumpat, Kelantan.

Dalam video yang dirakamkan oleh pengguna media sosial itu lagi, penghuni rumah hanya sempat membawa barang-barang penting sahaja sewaktu berpindah untuk menyelamatkan diri.

@abe_hisam888 Allahukhbar Rumah Telah Roboh Ownernya Tetap Berzikir Dan Redha Atas Apa Yang Terjadi,Semoga Dipermudahkan UrusanNya,Aamin #banjir2024?????? ♬ BERSABARLAH by WARISAN - ?? ᴴᵃᵖᵖʸ⁸⁸ˢʰᵒᵖ??





Sumber: TikTok