“Mondy jauh lebih baik” – Caprice ‘Sound’ Wanita Buat Tuduhan Berzina Pada Isterinya

Entertainment
21 Sep 2023 • 6:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu antara Caprice, Mondy Tattoo dan Ustaz Ebit Lew masih lagi hangat diperkatakan hingga ke hari ini. Makin banyak plot twist yang wujud menyebabkan para netizen mula keliru dengan pelbagai statement yang dikeluarkan oleh pihak masing-masing.

Dalam kekecohan ini, Caprice sempat berkongsi berita gembira bahawa isterinya Farra Inalis telah hamil lima bulan. Khabar ini dimaklumkan oleh Caprice sendiri ketika ditemui pada majlis pelancaran Thor-X di JW Marriot.

Namun begitu, baru-baru ini Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah memuat naik beberapa gambar dalam satu hantaran di Instagramnya. Salah satu daripadanya memaparkan tangkap layar komen pengguna Facebook yang memberi kata-kata kesat kepada dia dan isterinya.

image is not available

Gambar tangkap layar itu memaparkan komen biadap seorang wanita di Facebook meminta penyanyi rap itu membuat ujian asid deosiribonukleik (DNA) terhadap kandungan isterinya sama ada kandungan tersebut miliknya atau orang lain.

Kapsyen Caprice menunjukkan dia kesal dengan ‘tuduhan lucah’ dan tidak berasas yang dilontarkan oleh wanita bertudung tersebut. Caprice dilihat ‘perli’ wanita itu dengan mengucapkan terima kasih lalu membandingkan akhlak Mondy Tattoo yang jauh lebih baik daripada wanita yang nampak sopan dan ayu itu.

Caprice berkata disebabkan ramai netizen mengeluarkan kata-kata lucah yang telah mengguris hati isterinya Farra Inalis ataupun mesra dipanggil Elis, maka dia mengambil keputusan untuk memadam hantaran sebelumnya mengenai berita tentang Elis yang sedang hamil.

image is not available

Caprice tidak teragak-agak untuk memuat naik tangkap layar menunjukan profil Facebook dan gambar wanita itu. Disebabkan hal itu, wanita tersebut sudah memadam semua hantaran di Facebook miliknya selepas diserang oleh netizen.

Walau bagaimanapun, hantaran ini telah mendapat pelbagai reaksi oleh netizen. Rata-rata daripada mereka marah dengan tuduhan itu dan ada yang mendoakan kesejahteraan Caprice dan Elis.

 

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.