
Musim 2025 menyaksikan perjalanan Franco Morbidelli penuh dengan turun naik. Pelumba VR46 Racing itu berjaya meraih podium dalam Sprint di Hungary, namun prestasi lain sering dibayangi jatuhan dan kesilapan. Kini berada di kedudukan keenam dengan 161 mata, jauh ketinggalan berbanding pendahulu Marc Marquez yang mengumpul 455 mata, Morbidelli mengakui saingan semakin sengit sambil sedar kedudukannya dalam pasukan turut menjadi tumpuan.
“Kerusi saya memang sentiasa jadi rebutan. Pedro Acosta sepuluh tahun lebih muda, sudah memiliki satu gelaran dunia lebih daripada saya dan sangat pantas. Jika suatu hari Uccio dan Vale lebih memilih dia, saya akan pergi tanpa dendam,” jelas Morbidelli, yang masih berusaha mendapatkan kembali rentak selepas kecederaan di Sachsenring.
Ketika diajukan soalan mengenai siapa pelumba terhebat antara Valentino Rossi dan Marc Marquez, Morbidelli tanpa ragu memilih idolanya. “Bagi saya, Vale adalah yang terbaik sepanjang zaman. Walaupun Marc berjaya menyamai sembilan kejuaraan dunia, apa yang Valentino lakukan untuk sukan ini tidak dapat ditandingi oleh pelumba lain. Dia membawa MotoGP ke dimensi lain, sesuatu yang Marc belum mampu lakukan.”
Morbidelli juga tidak menolak masih menyimpan rasa kurang senang terhadap Marc, khususnya insiden 2015 di Sepang dan Valencia. “Saya tidak boleh lupa bagaimana Marc membantu Lorenzo ketika itu. Itu meninggalkan kesan buruk kepada saya,” katanya.
Bagi Morbidelli, baki musim ini akan menjadi ruang untuk menebus kesilapan. Namun satu perkara pasti, legasi Rossi kekal menjadi penanda aras, bukan sahaja buat dirinya tetapi juga buat seluruh dunia MotoGP.
Teruskan bersama Two Wheels..!
MotoGP
The post Morbidelli: Rossi Terhebat Sepanjang Zaman, Marquez Pernah Bermain Kotor appeared first on TW Media.
