
Hungary, 25 Ogos — Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di tempat keenam pada Grand Prix Hungary sekali gus muncul sebagai pelumba Independent terbaik. Bermula dari petak kelima, Morbidelli sempat bersaing untuk podium pada awal perlumbaan sebelum menamatkan aksi di kedudukan keenam. Dengan keputusan ini, pelumba #21 kini berada di tangga keenam Kejuaraan Dunia dengan 161 mata.
Rakan sepasukan Fabio Di Giannantonio pula tidak bernasib baik apabila masalah teknikal memaksa beliau bermula dari pit lane dengan jentera kedua. Walaupun sukar, Fabio berjaya meraih satu mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Kini beliau berada di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 154 mata.
Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team akan kembali beraksi pada GP Catalunya di Circuit de Barcelona-Catalunya dari 5 hingga 7 September ini.
The post Morbidelli Tamat Top 6 & Pelumba Independent Terbaik di GP Hungary appeared first on TW Media.
