
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setelah menerima kemerdekaan pada 1 Ogos 1957, Malaysia kini bebas daripada penjajahan mana-mana negara luar.
Namun usaha dalam mendapatkan kemerdekaan itu bukanlah mudah dan ramai penduduk dan pewira Tanah Melayu telah terkorban ketika tempoh penjajahan.
Salah satunya adalah tempoh pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu yang sememangnya menjadi titik hitam dalam sejarah tanah air.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sejarah Jajahan Dinding Di Perak Yang Ramai Tidak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Sejarah Bunga Raya & Macam Mana Boleh Dipilih Jadi Bunga Kebangsaan Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: The Great Fire of Ipoh: Rupanya Separuh Bandar Ini Musnah Dijilat Api Pada 1892
Ramai Rakyat Jepun Tidak Tahu Tentang Penjajahannya Di Malaya
Sejarah itu bagaimanapun tidak diketahui dalam kalangan rakyat negaranya sendiri, seperti yang dijelaskan oleh seorang pempengaruh dan artis dari Jepun, Kaz Fula.
“Ia sesuatu yang memalukan. Saya juga tidak tahu. Tetapi dengan datang ke Malaysia, rakyatnya menceritakan sejarah tersebut kepada saya,” katanya.
Dia turut berkongsi bagaimana dia pertama kali mengetahui tentang penjajahan nenek moyangnya ke atas Tanah Melayu.
Fula pada mulanya telah melawat satu sawah padi di Sekinchan sebelum merasakan seolah-olah berada di Jepun dan berkongsi pengalaman itu dalam satu hantaran video di YouTube.
“Saya cakap, ‘Saya rasa macam di rumah, saya pernah datang sini ke dulu?’,” soalnya.
Ketika itulah dia menerima komen yang menjelaskan bahawa nenek moyang Jepun pernah ke sini dan melakukan perkara yang kejam.
Individu Jelaskan Hanya Ada 2 Ayat Tentang Penjajahan Di SEA Dalam Buku Teks Sekolah Jepun
Situasi ini menimbulkan kebingungan dalam dirinya. Dia kemudiannya menghubungi rakannya untuk bertanya tentang maklumat yang terkandung dalam buku teks sekolah menengah Jepun.
“Ia hanya terkandung tentang penjajahan di Asia Tenggara (bukan Tanah Melayu secara spesifik). Bayangkan anda seorang pelajar sekolah menengah. Anda belajar hanya untuk lulus peperiksaan.
“Hanya ada dua ayat yang menjelaskan tentang penjajahan di Asia Tenggara. Sebab ini saya tidak tahu dan terkejut apabila datang ke Malaysia,” katanya.

Individu Rasa Rakyat Jepun Di Malaysia Perlu Belajar Sejarah Penjajahan
Tambah Fula, kebanyakan rakyat Jepun juga seperti dirinya iaitu tidak didedahkan dengan sejarah penjajahan secara mendalam.
Menurutnya, ramai rakyat Jepun yang datang ke Malaysia perlu mempelajari sejarahnya juga.
“Saya tidak tahu tentera Jepun datang ke Kota Bharu (Kelantan) dan lakukan serangan, beberapa jam sebelum insiden di Pearl Harbor,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fula merasakan bahawa kedua-dua negara Malaysia dan Jepun kini mempunyai hubungan yang baik.
Dia percaya yang situasi semasa perlu dihargai, di samping mahu mengetahui lebih lanjut mengenai penjajahan Jepun yang berlaku di Malaysia satu ketika dahulu.
@kaz_fula To Gen-Z in Malaysia, Do you know the history and how did you learn it ? #fyp #japan #malaysia ♬ original sound – KAZ
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Setuju Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu Penuh Kekejaman
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berpendapat bahawa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu adalah tempoh yang sangat teruk.
“Kekejaman tentera Jepun sewaktu penjajahan meninggalkan luka yang dalam kepada nenek moyang kami, trauma yang masih wujud sehingga hari ini. Saya tidak akan mengharapkan penyeksaan yang serupa kepada generasi muda di Jepun,” kata seorang individu.
“Saya betul-betul menangis ketika mempelajari tentang pendudukan Jepun di Malaya,” seorang lagi berkata.
Ada juga yang merasakan bahawa kerajaan negara Jepun sengaja menyembunyikan maklumat mengenai penjajahan ke atas Tanah Melayu daripada rakyatnya.
Dalam masa sama, segelintir pengguna media sosial berkongsi bagaimana Fula boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penjajahan tersebut iaitu dengan melawat Muzium Perang Pulau Pinang atau menonton filem Embun.
Beberapa individu turut berkongsi sejarah yang didengari oleh mereka daripada nenek moyang, termasuk kisah anak-anak berbangsa Cina terpaksa diserahkan kepada keluarga Melayu demi mengelakkan dibunuh tentera Jepun.










Tentera Jepun Jajah Tanah Melayu Selama Hampir 4 Tahun
Berdasarkan penerangan di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu telah bermula pada 8 Disember 1941 apabila diserang Tentera Darat ke-25 Jepun.
Serangan amfibi yang dilakukan bermula di pantai Kuala Pak Mat, Kota Bharu di mana mereka bertempur dengan Tentera British India. Insiden ini berlaku satu jam sebelum serangan ke atas Pearl Harbor.
Dalam masa sama, serangan darat dilakukan menerusi pendaratan Pattani dan Songkla di Thailand sebelum menyeberangi sempadan ke Kedah dan Pulau Pinang.
Jepun terus mengasak Tentera British di Tanah Melayu ke arah selatan, menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Dalam keadaan terdesak, Panglima Tertinggi ABDACOM Jeneral Wavell, membuat keputusan untuk mengundurkan semua pasukan British dan Komanwel ke Johor. Ini menyebabkan Kuala Lumpur ditawan Jepun tanpa tentangan.
Pada 31 Januari 1942, seluruh Tanah Melayu akhirnya jatuh di bawah penjajahan Jepun.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu tamat pada September 1945 apabila tenteranya menyerah kalah setelah pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Baca Artikel Berkaitan: The Day That Malaya Fell To Japan
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kisah Pak Lah ‘Pulihkan’ Hubungan Pemimpin China dan Jepun Hanya Dengan Sebatang Pen
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jepun Hasilkan Tudung Dari Kimono, Dapat Idea Setelah Lihat Wanita Berhijab Di Malaysia
Source:

![Aksi Individu Relax Makan Bawah 4×4 Ketika Hujan Lebat Di Genting Highlands Undang Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![“Isteri Dah Lama Tinggalkan Pakcik” – Bapa OKU Gigih Kerja Baiki Kasut Demi Sara 3 Anak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
