“Gurau Tak Kena Masa” – Lelaki Dikritik Tunjuk Wajah Orang Utan Kepada Pengantin Ketika Sesi Baca Doa [Video]

11 Aug 2025 • 3:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Melihat ahli keluarga atau rakan-rakan berbahagia semasa bergelar raja sehari sudah pasti akan membuatkan kita turut menumpang rasa gembira.

Selain menghadiri majlis persandingan dan membawa hadiah untuk meraikannya, pasti akan ada yang bergurau senda untuk menghilangkan rasa gugup pengantin.

Namun, dalam bergurau pasti ada batas yang perlu dijaga selain gurauan tersebut perlulah kena pada waktunya. Jika tidak, kita mungkin dianggap tidak menghormati majlis.

Lelaki dikecam bergurau ketika bacaan doa

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dikecam selepas bergurau dengan pengantin dengan menunjukkan wajah seekor orang utan ketika sesi bacaan doa sedang berlangsung.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @omi_laloks, lelaki yang berkemeja batik itu pada awalnya berpura-pura sedang mengambil gambar pengantin dengan menyalakan ‘flash’ lalu menutupnya.

Dia kemudian membuka gambar wajah seekor orang utan yang sedang tersenyum dan menunjukkannya kepada pengantin lelaki yang sedang duduk di atas pelamin sambil menadah tangan berdoa.

Pengantin hanya tersenyum ketika tadah tangan berdoa

Pengantin lelaki yang melihat wajah orang utan itu kemudiannya hanya tersenyum dan kekal menadah tangannya berdoa.

Berkemungkinan pengantin lelaki terbabit dan tetamu undangan itu merupakan rakan rapat yang sering bergurau bersama-sama.

Dalam video tersebut, jelas kedengaran bacaan doa berkenaan memohon kepada Allah SWT untuk memberkati majlis persandingan itu serta ahli keluarga pengantin dan raja sehari terbabit.

Netizen pakat kecam, bergurau tak kena masa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bukanlah mengecam tindakan gurauan yang dilakukan oleh lelaki terbabit, sebaliknya mereka menyelar kerana ia dilakukan ketika sesi bacaan doa.

Kebanyakan netizen menyifatkan lelaki tersebut seolah-olah tidak menghormati bacaan doa dengan melakukan gurauan sedemikian dan tidak menadah tangannya.

Pun begitu, ada juga yang memberi komen positif dengan menyatakan seronok sekiranya memiliki rakan sebegini yang suka bergurau sekali gus boleh menghilangkan rasa gugup pengantin yang berada di atas pelamin.

“Siapa yang cakap tak lawak maybe tiada kawan”

image is not available

“Hormat sikit bacaan doa”

image is not available

“Dia bukan tak lawak, cuma tak kena masa”

image is not available

image is not available