MOT rujuk MOF isu cukai kargo minyak di Tanjung Langsat

LocalBusiness & Finance
13 Aug 2026 • 3:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MOT rujuk MOF isu cukai kargo minyak di Tanjung Langsat

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklum balas daripada Kemeterian Kewangan (MOF) berhubung aduan pemain industri berkait ketidakpastian mengenai cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat mekanisme penetapan cukai itu seperti dilaporkan media, semalam.

“Perkara ini di bawah Kastam dan MOF.

“Kami akan mendapatkan maklumat lanjut daripada MOF,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan.

Semalam, media melaporkan aduan pemain industri yang mendakwa ketidakpastian berhubung perkara terbabit telah menjejaskan perniagaan perkapalan dan petroleum di pelabuhan berkenaan.

Ketua pegawai eksekutif Maritime Network Sdn Bhd,  Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelaskan sama ada amalan itu dibenarkan dan bagaimana cukai perlu dikenakan.

Menurutnya, perkara itu penting kerana Pelabuhan Tanjung Langsat mengendalikan kargo petroleum yang dipunggah dari kapal ke tangki darat ketika operasi pemindahan kapal atau transhipment’.

Sebelum ini, timbul kebimbangan mengenai dakwaan minyak daripada konsainan berbeza dicampur dalam tangki darat selepas dipunggah dari kapal.

Tindakan itu didakwa boleh mengubah keadaan kargo dan menimbulkan masalah dalam klasifikasi, penilaian serta cukai jika dokumen tidak dikemas kini dengan betul.-UTUSAN

The post MOT rujuk MOF isu cukai kargo minyak di Tanjung Langsat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved