MotoGP: Bagnaia ungguli perlumbaan di San Marino

5 Sep 2022 • 11:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bagnaia (tengah) meraikan kejayaannya menamatkan saingan MotoGP San Marino di kedudukan pertama.

PELUMBA Itali, Francesco Bagnaia merangkul gelaran keempat berturut-turut dalam kategori utama perlumbaan musim ini selepas mengungguli saingan MotoGPSan Marino pada Ahad.

Bagnaia yang mewakili Ducati Lenovo Team berjaya mengenepikan cabaran Enea Bastianini dalam perlumbaan sengit yang hanya dibezakan 0.034 saat.

Tempat ketiga dalam perlumbaan berkenaan dimenangi pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dari Aprilia Racing.

Kemenangan itu menyaksikan Bagnaia kini hanya dibezakan dengan 30 mata ke atas penyandang juara dunia, Fabio Quartararo yang mendapat tempat kelima pada perlumbaan tersebut.

Bagnaia kini menduduki tempat kedua senarai kejuaraan di depan pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro yang menamatkan saingan di belakang Quartararo.