MotoGP: Marquez kembali hidupkan peluang

1 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Marquez kembali hidupkan peluang

ARAGON – Pelumba Ducati, Marc Marquez menyertai saingan merebut gelaran juara dunia musim ini selepas hanya ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu keseluruhan, Jorge Martin daripada pasukan Aprilia.

Selepas melalui permulaan awal musim yang suram ekoran masalah kecederaan yang dialami, Marquez meraih kemenangan keempat musim ini selepas berjaya menawan Grand Prix (GP) Aragon di Litar Motorland kelmarin.

Kebangkitan Marquez dilihat makin terserlah apabila empat kemenangan podium utama diraihnya itu hanya dalam enam perlumbaan terakhir menyebabkan namanya kini kembali berada dalam senarai calon juara dunia.

“Selepas saya mengambil alih kedudukan pendahuluan, saya terus meningkatkan tekanan dan membuka jurang supaya tiada lagi keraguan mengenai kemenangan,” kata Marquez, yang menamatkan perlumbaan 1.754 saat di hadapan pencabar terdekat, Pedro Acosta.

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi dan Martin, bermula dengan baik dan mendahului perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua, tetapi Marquez segera memintas untuk bergerak ke tempat kedua.

Bezzecchi berjaya membina kelebihan pada awal perlumbaan, namun Marquez merampas pendahuluan pada pusingan keenam di selekoh 15 untuk memimpin perlumbaan dan memenangi saingan.

Bagaimanapun, perjalanan Marquez memburu gelaran dunia masih panjang apabila saingan MotoGP masih berbaki sembilan lagi pusingan dan dia perlu berdepan kebangkitan Aprilia yang enggan melepaskan peluang memburu kejuaraan. – AGENSI

The post MotoGP: Marquez kembali hidupkan peluang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved