MotoGP: Marquez mengharap tuah Litar Lusail

3 Nov 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Marquez mengharap tuah Litar Lusail

SEPANG – Marc Marquez hanya memerlukan tambahan 30 mata untuk mengesahkan gelaran dunia kelas perdana kelapan dalam kariernya menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu ini.

Pelumba Ducati itu selangkah untuk mengesahkan kejuaraan dunia 2026 selepas melebarkan kelebihan kepada 44 mata di puncak carta keseluruhan hasil kemenangan pada GP Malaysia, kelmarin.

Perlumbaan MotoGP berbaki tiga perlumbaan dan menawarkan maksimum 111 mata dan Marquez perlu meningkatkan kelebihan sekurang-kurangnya 74 mata selepas GP Qatar untuk dinobatkan sebagai juara lebih awal.

Bagi merealisasikan sasaran itu, pelumba Sepanyol berusia 33 tahun berkenaan perlu menamatkan perlumbaan pecut pada Sabtu sekurang-kurangnya di tempat kelima sebelum memenangi perlumbaan utama pada Ahad.

Jika berjaya menjuarai perlumbaan pecut, dia hanya perlu menduduki tempat kedua sekurang-kurangnya dalam perlumbaan utama untuk mengesahkan gelaran ketika Marquez memiliki rekod cemerlang di Litar Antarabangsa Lusail.

“Saya akan pulang ke Sepanyol terlebih dahulu dan tiba di Qatar pada waktu paling lewat yang boleh, iaitu petang Khamis,” katanya selepas kemenangan di Sepang.

Dalam perkembangan lain, pengurus pasukan Ducati Lenovo, Davide Tardozzi, menegaskan pihaknya tidak bimbang mengenai situasi keselamatan di Qatar selepas menerima jaminan daripada penganjur.

“Saya tidak bimbang. Saya tahu pihak penganjur memaklumkan bahawa segala-galanya selamat di sana. Apa sahaja yang diminta pelumba kepada Dorna dan Liberty sudah disampaikan melalui Carlos Ezpeleta yang pergi ke Qatar untuk menguruskan perkara berkenaan.  – AGENSI

The post MotoGP: Marquez mengharap tuah Litar Lusail appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved