MotoGP Perkenal Perubahan Besar: Larangan Holeshot Device, Pelarasan Grid & Had Jentera Bermula 2026–2028

23 Jun 2026 • 1:20 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: MotoGP Perkenal Perubahan Besar: Larangan Holeshot Device, Pelarasan Grid & Had Jentera Bermula 2026–2028

Perubahan pertama ialah larangan penggunaan holeshot device iaitu sistem yang digunakan ketika permulaan perlumbaan untuk merendahkan motosikal, yang akan berkuat kuasa bermula hujung minggu ini di Tissot Grand Prix of the Netherlands.

Walaupun peraturan baharu musim depan sudah pun merancang penghapusan sistem ini, keputusan terbaru ini mempercepatkan larangan tersebut ke GP Belanda 2026. Isu ini telah menjadi perbincangan hangat sepanjang beberapa pusingan musim ini, dan kini ia telah dimuktamadkan.

Selain itu, susunan grid perlumbaan juga akan mengalami perubahan, bermula di Grand Prix Jerman. Perubahan ini melibatkan semua kelas, bukan hanya kategori MotoGP. Jarak antara pelumba akan ditingkatkan daripada tiga meter kepada empat meter.

Ini sekali gus mengubah jarak antara setiap barisan daripada sembilan meter (3 x 3) kepada 12 meter (3 x 4), dengan tiga pelumba kekal dalam setiap barisan tetapi dengan ruang yang lebih luas bagi meningkatkan tahap keselamatan ketika permulaan perlumbaan.

Berikut adalah gambaran Grid baharu :

Image from: MotoGP Perkenal Perubahan Besar: Larangan Holeshot Device, Pelarasan Grid & Had Jentera Bermula 2026–2028

Akhir sekali, sebagai satu pengesahan dasar jangka panjang, bermula 2028, setiap pengeluar tidak lagi dibenarkan mempunyai lebih daripada enam jentera di grid. Ini bermakna setiap pengeluar hanya boleh menyokong maksimum dua pasukan selain pasukan kilang mereka sendiri, dengan syarat sekurang-kurangnya lima pengeluar menyertai kejuaraan pada ketika itu. Had enam motosikal ini sebenarnya sudah pun digunakan pada musim 2026, namun kini ia akan dijadikan peraturan rasmi bermula 2028.

The post MotoGP Perkenal Perubahan Besar: Larangan Holeshot Device, Pelarasan Grid & Had Jentera Bermula 2026–2028 appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved