MotoGP: Quartararo mahu Honda sediakan jentera terbaik

8 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MotoGP: Quartararo mahu Honda sediakan jentera terbaik

SILVERSTONE – Fabio Quartararo mengakui dia mengharapkan Honda mampu menyediakan jentera yang cukup kompetitif untuk membolehkannya kembali memburu kemenangan apabila menyertai pasukan pengeluar Jepun itu pada musim MotoGP 2027.

Juara dunia MotoGP 2021 itu berkata, keputusan meninggalkan Yamaha bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya sudah diputuskan sejak musim sejuk lalu selepas merasakan dia memerlukan perubahan dari segi teknikal dan mental.

“Kami mula berbincang pada penghujung musim lalu dan saya membuat keputusan pada musim sejuk. Saya tidak pernah berbincang mengenai pembaharuan kontrak dengan Yamaha.

“Saya perlukan perubahan. Bukan sahaja suasana baharu, tetapi juga perubahan dari segi teknikal. Apa yang Honda akan berikan kepada saya? Saya harap ia adalah motosikal yang mampu menang,” katanya.

Quartararo berkata, perpindahan itu menutup perjalanan panjang selama lapan tahun bersama Yamaha, pasukan yang membawanya muncul juara dunia tetapi gagal menyediakan jentera kompetitif dalam beberapa musim kebelakangan ini.

“Ini adalah penamat perjalanan saya bersama Yamaha. Lapan tahun bersama mereka, tetapi beberapa tahun pertama jauh lebih baik berbanding kebelakangan ini,” katanya.

Pelumba Perancis itu berkata, dia kini teruja memulakan cabaran baharu bersama Honda, namun kekal memberi tumpuan kepada baki 11 pusingan musim ini.

Menurutnya, dia tidak hanya menukar pasukan, malah hampir keseluruhan barisan teknikalnya juga akan berubah bagi memudahkannya menyesuaikan diri dengan jentera Honda.

“Semuanya akan menjadi baharu. Hanya seorang mekanik akan ikut bersama saya kerana saya perlukan individu yang benar-benar memahami motosikal Honda,” katanya. -AGENSI

The post MotoGP: Quartararo mahu Honda sediakan jentera terbaik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved