Motorola Edge 50 Pro Dilancarkan – Cip Snapdragon 7 Gen 3 Dan Pengecasan 125W

TechnologyDigital
4 Apr 2024 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti baharu Motorola Edge 50 Pro telah dilancarkan secara rasmi di India semalam. Gabungan rekaan melengkung diguna pada bahagian hadapan dan belakang peranti. Selain turut dilengkapi bingkai logam bersama kemasan kulit vegan untuk pengalaman lebih premium.

image is not available

Untuk spesifikasi peranti menggunakan skrin pOLED 1.5K sebesar 6.7″ dengan kadar segar semula 144Hz. Pada masa sama skrin turut menawarkan kecerahan puncak mencapai 2000nits dan pensijilan HDR10+. Cip Snapdragon 7 Gen 3 juga digunakan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB untuk tunjang utama.

image is not available

Peranti juga menjalankan Hello UI berasaskan Android 14 yang dibina bersama model AI, sekaligus membolehkan pengguna memperibadikan peranti dengan gambar latar yang unik. Dalam masa sama peranti juga menyokong fungsi Motorola Smart Connect untuk sambungan pintar merentasi pelbagai peranti termasuk tablet atau PC. Selain turut diberi kemaskini OS selama tiga tahun dan empat tahun sekuriti untuk keseluruhan.

image is not available

Kemudian diikuti dengan tetapan kamera utama 50MP (OIS) + 13MP (ultra lebar/makro) + 10MP (telefoto) dan swafoto sebesar 50MP sebagai pelengkap. Terdapat juga teknologi AI Photo Enhancement Engine disertakan pada kamera peranti untuk tangkapan gerakan dan segmentasi warna lebih mudah.

image is not available

Turut melengkapi peranti ialah bateri 4,500mAh dengan pengecasan berwayar 125W dan nirwayar 50W. Selain turut kalis air IP68 untuk pelindungan tambahan. Harga jualan peranti bermula INR 31,999 (~RM1,816) (8/256GB) dan INR 35,999 (~RM2,044) (12/256GB) sebuah.