Motosikal Bertembung Dengan Lori, Penunggang Motosikal Warga Emas Maut

LocalCars
29 Sep 2026 • 4:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Motosikal Bertembung Dengan Lori, Penunggang Motosikal Warga Emas Maut

BUTTERWORTH - Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah lori di Sungai Lokan, di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki.

Menurut Oriental Daily News, mangsa dikejarkan ke hospital oleh pasukan penyelamat daripada Beihai Blue Sky Volunteer Rescue Team dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya.

Pemandu lori terbabit dipercayai memberhentikan kenderaan selepas kemalangan sebelum keluar untuk memeriksa keadaan mangsa dan menghubungi pasukan kecemasan.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan, termasuk bagaimana motosikal terbabit bertembung dengan lori berkenaan, masih dalam siasatan. - Getaran, 29 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved