Motosikal Dipercayai Dirempuh Bas, Lelaki Dilapor Maut Belum Dikenal Pasti Identiti

23 Jul 2024 • 9:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Motosikal Dipercayai Dirempuh Bas, Lelaki Dilapor Maut Belum Dikenal Pasti Identiti

Seorang lelaki dilaporkan maut setelah motosikal yang ditunggangnya dipercayai dirempuh oleh sebuah bas dalam nahas di Kilometer 66, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.15 pagi itu mengorbankan mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti, tetapi dianggarkan berusia dalam lingkungan 40-an.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati mangsa sedang menuju ke jalan utama Gua Musang-Kuala Krai dari arah Kampung Sungai Lakit.

“Setiba di lokasi, penunggang motosikal terbabit yang keluar dari simpang telah dirempuh oleh sebuah bas.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-9121222 atau 013-3010408.

Sumber: Sinar Harian