Motosikal lesap depan rumah, polis buru suspek

5 Jun 2026 • 7:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Motosikal lesap depan rumah, polis buru suspek
Motosikal yang disyaki dilarikan suspek.

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian sebuah motosikal di sebuah rumah di Padang Jawa, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia awal 30-an yang juga pemilik motosikal berkenaan.

"Mangsa menyedari motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR yang diletakkan di hadapan rumahnya telah hilang ketika bangun dan disyaki kenderaan itu dicuri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ramsay berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved