Motosikal terbabas, bergesel tiang lampu sebelum langgar lubang 'ragut' nyawa dua beradik - Polis

26 Nov 2026 • 9:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Motosikal terbabas, bergesel tiang lampu sebelum langgar lubang 'ragut' nyawa dua beradik - Polis
Kemalangan maut penuh tragis yang meragut nyawa dua beradik dipercayai berpunca daripada motosikal dinaiki bersama abang sulung mereka terbabas, bergesel dengan tiang lampu sebelum melanggar lubang di tepi jalan Kampung Bechah, Tendong, Pasir Mas pada Khamis .Foto:PDRM

PASIR MAS - Kemalangan maut penuh tragis yang meragut nyawa dua beradik dipercayai berpunca daripada motosikal dinaiki bersama abang sulung mereka terbabas, bergesel dengan tiang lampu sebelum melanggar lubang di tepi jalan Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.

Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, maut di lokasi kejadian dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, pula di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala Muhammad Saiful Haikal, 18, cedera.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha LC110 itu dipercayai hilang kawalan ketika mereka tiga beradik dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang.

Menurut beliau, motosikal berkenaan bergesel dengan tiang lampu di bahagian kiri jalan sebelum melanggar lubang sehingga menyebabkan ketiga-tiga penunggangnya tercampak.

"Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sinar Harian melaporkan dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, mangsa, Muhammad Saiful Haider maut di lokasi kejadian manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan meninggal dunia di HRPZ II, Kota Bharu.

Sementara itu, abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, yang merupakan pelajar diploma di sebuah kolej dikatakan mengalami patah jari kaki dan telah dibawa ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved