
Dua beradik berusia enam dan 10 tahun maut manakala abang sulung berusia 18 tahun cedera selepas motosikal mereka terbabas di Pasir Mas.
PASIR MAS: Dua beradik berusia enam dan 10 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abang sulung mereka terbabas di Kampung Bechah Tendong di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mazlan Hassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang tadi ketika ketiga-tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1 di sini.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Saiful Hayyan, 6, dan Muhammad Saiful Haider, 10, manakala abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, mengalami kecederaan.






