Tiga beradik bergelimpangan, orang ramai sempat ajar mengucap

26 Nov 2026 • 7:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga beradik bergelimpangan, orang ramai sempat ajar mengucap
Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Bechah, Tendong, Pasir Mas pada Khamis.Foto:TULAR

PASIR MAS - "Saya menitis air mata melihat mereka bertiga berlumuran darah".

Demikian kata pemilik kedai, Mohd Rosli Awang Ngah, 47, selepas menyaksikan insiden motosikal dinaiki tiga beradik dipercayai terbabas sebelum merempuh kedainya di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.

Menurutnya, dia terkejut melihat motosikal terbabas masuk ke dalam kedainya dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu.

"Dua beradik tercampak sebelum jatuh bergelimpangan di atas jalan, manakala seorang lagi tercampak masuk ke dalam pagar rumah sebelah.

"Paling kritikal, seorang daripadanya tercampak ke dalam pagar rumah dan orang ramai sempat mengajarnya mengucap.

"Saya dalam keadaan panik terus mencari payung untuk menutup mangsa yang basah terkena hujan," katanya.

Dalam kemalangan itu, dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Muhammad Saiful Haider maut di lokasi kejadian, manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Penunggang motosikal, abang sulung mereka, Muhammad Saiful Haikal, 18, yang merupakan pelajar diploma di sebuah kolej pula mengalami patah kaki dan turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved