Motosikal Yang Ditunggang 2 Remaja Ini Terbabas Sampai Tersangkut Atas Bumbung Rumah

Entertainment
16 Mar 2024 • 3:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda merupakan penunggang motosikal atau pemandu kereta, memang seharusnya perlu berhati-hati ketika di jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan.

Namun, dua remaja di Indonesia ini pula berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggang oleh mereka terbabas sehingga menyebabkan motosikal itu tersangkut di atas bumbung rumah penduduk.

Memetik laporan Kompas.com, kejadian motosikal tersangkut di atas bumbung rumah penduduk itu telah sempat dirakam oleh orang awam sebelum dikongsikan di Instagram awreceh.id dengan kapsyen “Kok bisa sih?” yang bermaksud bagaimana ia boleh berlaku.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang dua remaja perempuan itu mengalami masalah pada bahagian brek dan menurut polis, kejadian itu berlaku apabila motosikal itu sedang menuruni jalan yang curam.

image is not available

Bumbung rumah tersebut pula mempunyai ketinggian yang sama seperti ketinggian jalan kerana jalan itu dilihat berbukit, (rumah itu terletak di bawah tebing jalan) jadi apabila brek gagal berfungsi, penunggang motosikal dan rakannya yang membonceng telah terbabas sehingga tersangkut ke atas bumbung rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan bumbung rumah penduduk itu juga dilaporkan telah dibaiki.

Sumber: Kompas.com

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved