Brek Tak Berfungsi, Motosikal Ditunggang Remaja Tersangkut Di Bumbung Rumah

Cars
15 Mar 2024 • 10:53 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial satu video memaparkan sebuah motosikal yang ditunggang dua orang remaja tersangkut pada bumbung rumah seorang penduduk kampung.

Memetik laporan detik.com, kejadian yang berlaku di Kampung Cikuya, Jawa Barat, Indonesia itu telah menyebabkan sebahagian atap rumah penduduk kampung itu hancur.

Kemalangan tersebut membabitkan tiga orang remaja perempuan yang mana dua daripadanya masih berada di bumbung rumah manakala seorang lagi sedang diangkat penduduk kampung.

Menurut Ketua Unit Polis Trafik Tasikmalaya, Yudiono, motor tersebut telah dipandu oleh seorang murid tahun enam menuruni jalan yang curam.

Pada masa yang sama, dua lagi rakannya kepada pemandu tersebut turut membonceng motosikal berkenaan ketika menuruni jalan tersebut.

Motosikal ditunggang remaja tersangkut di bumbung rumah

image is not available

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan bahawa kemalangan tersebut berlaku akibat daripada brek motosikal yang gagal berfungsi ketika menuruni jalan yang curam.

Disebabkan itu, pemandu motosikal itu hilang kawalan kepada motornya lalu terbabas ke bumbung rumah penduduk yang mempunyai kedudukan selari dengan jalan curam itu.

image is not available

Bagaimanapun, pihak polis melaporkan ketiga-tiga remaja perempuan tersebut selamat dan tiada korban nyawa daripada kemalangan itu disamping menyatakan bumbung rumah berkenaan juga telah dibaiki.

Sumber: detik.com, Facebook Widia Khoerudin