Mowgli Malaysia Berjaya Tamatkan Kursus Teknologi Motosikal Di GIATMARA

Entertainment
6 Sep 2025 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih ingatkah anda dengan remaja lelaki, Syukor Khamis atau lebih dikenali dengan gelaran Mowgli Malaysia yang pernah tular pada beberapa tahun lalu apabila foto ikoniknya bersama kerbau ternakan diambil oleh jurufoto profesional, Dallah Deen.

Cepat masa berlalu kerana kini Mowgli Malaysia telah pun bergelar alumni GIATMARA kerana telah berjaya menamatkan kursus Teknologi Motosikal di GIATMARA Hulu Terengganu baru-baru ini.

Kejayaan Syukor Khamis itu ketika majlis graduasi GIATMARA telah dikongsikan oleh Facebook GIATMARA Malaysia.

image is not available

Kursus tersebut berlangsung selama enam bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.

Difahamkan, kini, Syukor juga menguruskan bengkel motosikal milik keluarganya.

Semoga dengan kejayaan Syukor ini akan menjadi motivasi kepada lebih ramai anak muda kini untuk menyertai sbidang kemahiran dan TVET.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.