'Mowgli Malaysia' kini cemerlang sebagai alumni GiatMARA

6 Sep 2025 • 10:58 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Figura yang pernah digelar 'Mowgli Malaysia' kerana kehidupannya membesar bersama kerbau, Muhammad Syukur Khamis sekali lagi mencuri perhatian dengan kisah baharunya.

Jika sebelum ini wajahnya tular kerana hubungan mesra dengan ternakan, kini anak muda ini melakar kejayaan lain apabila berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama enam bulan di GiatMARA Hulu Terengganu.

Selepas menamatkan pengajian, Syukur tidak hanya dikenali sebagai 'Kampong Boy' yang dekat dengan alam, malah kini menguruskan bengkel motosikal milik keluarga yang menjadi tumpuan anak muda di kampungnya.

"Setiap kali ada pelanggan datang ke bengkel, sambil membaiki, saya akan cerita dan promosikan kemahiran kepada semua!" katanya penuh semangat.

Kejayaan ini menjadikan Syukur bukan sahaja ikon remaja desa, malah lambang anak muda berkemahiran yang mampu berdikari.

Dari dunia kampung yang tular ke dunia kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), 'Mowgli Malaysia' kini menjadi inspirasi bahawa bidang kemahiran membuka jalan masa depan yang lebih cerah!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved