MP gesa laporan kemajuan projek Pan Borneo Sabah dibentang secara berkala di Parlimen

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

MP gesa laporan kemajuan projek Pan Borneo Sabah dibentang secara berkala di Parlimen

Kuala Lumpur: Terdapat keperluan untuk laporan kemajuan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dibentangkan secara berkala kepada Parlimen.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata ini bagi membolehkan semua wakil rakyat dan rakyat Sabah amnya mengetahui kemajuan dan perkembangan sebenar projek terbabit.

“Kita perlu ada mekanisme pemantauan khas Pan Borneo Sabah yang lebih tersusun, dengan garis masa, sasaran setiap pakej, status pengambilan tanah, status pampasan, status variation order, status kontrak dan kemajuan fizikal,” katanya ketika membahas Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Matbali berkata Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan dengan jelas pelbagai kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan projek Pan Borneo Sabah.

Katanya, projek itu dirancang sejak sekian lama dan pengurusannya bertukar silih berganti sehinggalah kepada Kementerian Kerja Raya pada September 2019 namun sehingga 31 Mac lalu, projek itu masih belum siap sepenuhnya.

“Maka persoalannya mudah, berapa lama lagi rakyat Sabah perlu menunggu? Berapa lama lagi rakyat Sabah perlu bersabar? Berapa lama lagi jalan yang dijanjikan akan menjadi jalan yang benar-benar boleh digunakan?” tegasnya.

Menurutnya, projek Pan Borneo sangat penting bagi rakyat Sabah dari segi perhubungan mahupun pembangunan ekonomi.

Matbali berkata kawasan Sipitang antara yang terkesan dengan kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo terutama jajaran Sindumin-Melalia-Beaufort.

Katanya, jajaran berkenaan sehingga kini masih belum siap sepenuhnya sedangkan Sipitang merupakan pintu masuk ke Sabah, baik dari Sarawak, mahupun dari Negara Brunei Darussalam dan Kalimatan, Indonesia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved