MPAJ anjur aktiviti menarik Ahad ini, menangi cabutan bertuah bernilai RM15,000

8 Sep 2023 • 12:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 SEPT: Program kayuhan santai dan cabutan bertuah keseluruhan bernilai RM15,000 antara aktiviti menarik Hari Tanpa Kenderaan (HTK) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, acara bermula 7.30 pagi berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, yang turut dianjur sempena Hari Malaysia.

“Peserta kayuhan santai sejauh 22 kilometer berpeluang memenangi hadiah khas pakaian dan basikal tercantik bertemakan Hari Malaysia.

“Selain itu cabutan bertuah dengan hadiah menarik turut ditawarkan seperti basikal lipat, Smart TV 50 inci serta barangan elektrik seperti pembakar roti dan ketuhar dengan nilai keseluruhan RM15,000,” katanya menerusi kenyataan.

MPAJ memaklumkan pengisian lain termasuk jalan santai sejauh tiga kilometer untuk warga emas dengan baju-T serta makanan percuma menanti 300 peserta terawal.

“Mereka yang ingin menyertai kayuhan santai boleh mendaftar melalui pautan https://form.jotform.com/232042277822048 atau hubungi 013- 3125234 (Rusman ) untuk maklumat lanjut.

“Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pihak KPJ Ampang Puteri selain pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dengan hadiah RM100 (johan), RM70 (naib johan) dan RM50 (ketiga) serta saguhati berupa hamper bagi tempat keempat hingga 10,” katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain menanti pengunjung antaranya senaman zumba dan taici, tanam pokok dalam pasu, klinik memanah dan juga zoo haiwan jinak.

“Turut diadakan pameran oleh agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), askar wataniah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pandan Indah,” katanya.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved