MPS anjur sambutan Hari Sungai, pupuk sikap sayangi alam sekitar

8 Sep 2023 • 6:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 8 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan Hari Sungai Sedunia 2023 di jajaran denai Sungai Batu, pagi esok.

Program Denai Sungai Kebangsaan Sungai Batu yang bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu menyediakan aktiviti riadah menarik untuk disertai seisi keluarga.

“Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan antaranya bengkel dan aktiviti pemasangan Ecobrick, program saintis muda bagi kanak-kanak, penanaman di kebun komuniti serta program kitar semula dan minyak masak terpakai.

“Bertemakan Kesinambungan Alam Sekitar Bermula Dengan Kita, semua aktiviti tersebut disediakan secara percuma buat pengunjung,” katanya di Facebook.

Program tersebut melibatkan kerjasama MPS dengan agensi Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak, CIMB Islamic, Global Environment Centre, Pangsapuri Permai serta Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Nakhoda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved