MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen, sedia pelbagai aktiviti

17 Dec 2023 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 18 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan mini karnival pembaharuan lesen perniagaan mulai 19 sehingga 21 Disember ini dengan pelbagai aktiviti keusahawanan disediakan.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan memaklumkan karnival tiga hari itu diadakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Galeri Aras 4, Menara MPAJ.

“Sempena karnival itu juga terdapat pelbagai pameran daripada agensi usahawan antaranya Inisiatif Platform Selangor (PLATS), Skim Hijrah Selangor, Digital Niaga, SME Corp dan Unifi Business selain jualan produk tempatan termasuk makanan dan minuman.image is not available

“Taklimat berkaitan perniagaan secara dalam talian, insentif ke arah digitalisasi perniagaan usahawan mikro serta taklimat kebersihan premis turut disediakan secara percuma selain kupon makanan percuma menanti peserta,” katanya.

Mengulas lanjut katanya sehingga 14 Disember sebanyak 4,204 premis telah memperbaharui lesen perniagaan manakala 3,880 lesen usahawan mikro diperbaharui.

Menurut MPAJ kaunter pembaharuan lesen perniagaan MPAJ bagi 2024 dibuka di Galeri Aras 4, Menara MPAJ bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini manakala bermula November kaunter dibuka di Aras 1, Melawati Mall sehingga akhir bulan ini yang beroperasi pada 10 pagi hingga 5 petang.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved