MPAJ dan SAY santuni penghuni rumah kebajikan sempena Ramadan

LocalFamily & Parenting
15 Mar 2026 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 MAC: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita serta beberapa pertubuhan kebajikan lain disantuni oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) sempena Program Ziarah Ramadan 2026, semalam.

Bertempat di Rumah Kita, Jalan Pandan 8, Pandan Jaya, program berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama Yang Mulia Datin Paduka Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz.

Menurut kenyataan MPAJ di Facebook, program berkenaan bertujuan mengukuhkan hubungan antara agensi, komuniti serta menyantuni golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia.

image is not available
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi Yang Mulia Datin Paduka Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz berkenan bergambar bersama sebahagian penghuni rumah kebajikan sempena Program Ziarah Ramadan 2026 anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) di premis Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita, Ampang Jaya pada 14 Mac 2026. Foto Selangor Youth Community

Majlis turut diserikan dengan ucapan wakil penaja sebelum penyerahan cek bantuan dan duit raya kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita serta beberapa pertubuhan lain.

Sebagai simbolik program, turut diadakan gimik penanaman pokok yang disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah.

Program berakhir dengan Tengku Amir Shah mencemar duli melawat rumah kebajikan berkenaan bagi meninjau suasana serta menyantuni penghuni secara langsung.