EXCO santuni OKU, kanak-kanak dan warga emas ketika sahur

LocalFamily & Parenting
14 Mar 2026 • 9:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 MAC: EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menyantuni anak orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dalam perlindungan serta warga emas ketika waktu sahur di tiga rumah kebajikan sekitar Cheras, pagi tadi.

Program berkenaan melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Yayasan Petronas, Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS).

Anfaal bersama pasukan memulakan lawatan dengan membantu membangunkan anak-anak OKU di Taman Sinar Harapan (TSH) serta kanak-kanak di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Mini yang berada bawah perlindungan JKM untuk bersahur.

image is not available
EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menyantuni anak OKU, kanak-kanak dalam perlindungan dan warga emas ketika sahur di tiga rumah kebajikan di Cheras, pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan juadah sahur dan duit raya kepada kanak-kanak berkenaan sebelum meneruskan program bersahur bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras.

Pada masa sama, sumbangan daripada Yayasan Petronas turut disampaikan kepada kakitangan di ketiga-tiga rumah kebajikan berkenaan sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka menjaga kebajikan penghuni.

Turut hadir Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim; Ketua Pegawai Eksekutif WSB, Siti Faridah Abdul Samad serta Ketua Pegawai Eksekutif YANIS, Kamarul Hisham Yeop Hashim.