MPAJ keluar tujuh kompaun kesalahan premis, penjaja

2 Sep 2026 • 2:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPAJ keluar tujuh kompaun kesalahan premis, penjaja

SHAH ALAM, 2 SEP: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan tujuh kompaun atas pelbagai kesalahan berkaitan premis perniagaan dan operasi penjaja di sekitar kawasan pentadbirannya pada 30 Ogos.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan, menerusi operasi pemantauan dan penguatkuasaan itu, masing-masing dua kompaun dkeluarkan di kawasan Pandan Industri dan Dataran Palma.

"Manakala masing-masing satu di Seri Merdeka, Ampang Utama dan Taman Muda.

"Pemantauan secara berterusan ini dilaksanakan bagi memastikan aktiviti perniagaan dan penjajaan mematuhi peraturan serta syarat pelesenan.

"Ia juga sekaligus memastikan persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan kondusif kepada masyarakat," katanya.

Dalam operasi sama, beberapa lokasi lain yang dipantau didapati tidak memerlukan sebarang tindakan penguatkuasaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved