MPAJ sita, kompaun premis hiburan langgar syarat lesen

8 Nov 2026 • 9:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPAJ sita, kompaun premis hiburan langgar syarat lesen

SHAH ALAM, 8 NOV: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan tiga kompaun dan melaksanakan tindakan sitaan terhadap premis hiburan yang melanggar syarat lesen serta beroperasi tanpa lesen di sekitar Ampang Jaya.

Tindakan itu diambil Jabatan Penguatkuasaan MPAJ menerusi operasi pemeriksaan pematuhan syarat lesen hiburan pada 6 November lalu.

MPAJ menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan sebanyak enam premis yang menjalankan aktiviti hiburan diperiksa dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan itu bermula jam 9 malam dengan memberi tumpuan kepada pematuhan syarat lesen dalam kalangan pengusaha premis hiburan.

MPAJ turut memaklumkan pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan aktiviti perniagaan hiburan dijalankan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved