195 individu bawah umur dikesan di pusat hiburan, pengurus disiasat

8 Nov 2026 • 5:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 195 individu bawah umur dikesan di pusat hiburan, pengurus disiasat

PETALING JAYA: Seramai 195 individu bawah umur dikesan berada di sebuah pusat hiburan yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah dalam serbuan polis di daerah Dang Wangi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi dengan pemeriksaan keseluruhan melibatkan 431 individu termasuk pengurus, pekerja dan pelanggan premis.

Katanya, daripada jumlah individu bawah umur itu, 93 merupakan lelaki tempatan dan 61 perempuan tempatan, manakala 16 lelaki serta 25 perempuan lagi adalah warga asing.

“Polis turut memeriksa seorang lelaki yang merupakan pengurus premis serta 12 pekerja lelaki dan empat pekerja wanita.

“Selain itu, pemeriksaan melibatkan 89 lelaki tempatan, 75 wanita tempatan, 43 lelaki warga asing dan 12 wanita warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Azwan berkata, seramai 196 pelanggan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan saman, dokumentasi dan tindakan lanjut.

Katanya, semakan mendapati tiada individu terbabit mempunyai rekod dikehendaki polis.

“Saringan awal air kencing terhadap 49 individu mendapati seorang positif amphetamine (AMP) dan methamphetamine (MET), manakala selebihnya negatif,” katanya.

Beliau berkata, pengurus pusat hiburan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29(2) Kaedah-Kaedah Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan.

Pada masa sama, polis akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi di 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

The post 195 individu bawah umur dikesan di pusat hiburan, pengurus disiasat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved