195 remaja ditahan dalam serbuan pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara 

8 Nov 2026 • 6:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 195 remaja ditahan dalam serbuan pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara 

KUALA LUMPUR: Polis menahan 195 remaja dan seorang pengurus premis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Ahmad Azwan Amin Nordin berkata remaja yang ditahan terdiri daripada 93 lelaki dan 61 perempuan warga tempatan serta 16 lelaki dan 25 perempuan warga asing.

Beliau berkata 16 pekerja premis dan 219 pengunjung lain turut diperiksa manakala siasatan mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi tanpa lesen serta membenarkan kemasukan pengunjung bawah umur.

“Pengurus premis terbabit disiasat mengikut Seksyen 29(2) Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan.

“Semua yang ditahan berusia 18 hingga 64 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan saman, dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Azwan berkata semakan mendapati kesemua individu yang diperiksa tiada rekod jenayah lampau dan saringan awal air kencing menunjukkan hanya seorang pengunjung lelaki dewasa positif dadah jenis amphetamine serta methamphetamine.

Beliau berkata Polis Kuala Lumpur kekal komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara menerusi tindakan penguatkuasaan yang akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang.

Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah menerusi talian hotline Polis Kuala Lumpur 03-2146 0522 / 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi 03-2600 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved