
SANDAKAN: Usaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menjadikan Sandakan sebuah bandar bersih dan selamat sentiasa dialu-alukan.
Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee percaya berkata Presiden MPS Walter Kenson mempunyai banyak perancangan untuk memastikan usaha itu berjalan lancar.
“Saya melihat terdapat beberapa perubahan positif khususnya dalam memberi pendidikan kepada masyarakat berkaitan kesedaran tidak membuang sampah menerusi program anti kutu sampah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita juga akan meneruskan kerjasama baik dengan pihak majlis untuk memastikan Sandakan terus menjadi pilihan pelancong.
“Ia selari dengan pembukaan hotel baharu dan sedia ada di Sandakan yang bakal menjadi tumpuan ramai kelak,” katanya sejurus merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MPS 2025 di Dewan Masyarakat Sandakan pada Isnin.
Turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Annabell @ Suzieana Perian, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Jasri Ab Jal, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bajah serta Ketua Bahagian PGRS Sungai Sibuga Datuk Amirshah Yaakub.
Mengulas lanjut Vivian berkata selain MPS pihaknya juga menghargai peranan agensi keselamatan yang terus memastikan kesejahteraan bandar berkenaan.
Vivian berpendapat majlis seumpama itu memperlihatkan keharmonian menerusi sambutan perayaan yang diraikan bersama setiap tahun.
Sementara itu, Walter berkata MPS akan terus memperkasa inisiatif anti kutu sampahnya sekali gus memberikan didikan kepada mereka yang didapati membuang sampah merata-rata di daerah Sandakan.
“Ini antara usaha kita dalam memastikan tiada lagi pihak yang suka membuang sampah tanpa memikirkan kesan kepada persekitaran mereka,” jelasnya.



