
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan maklumat seorang pengadu diketahui pihak tertentu sehingga isu berkenaan tular di media sosial.
MPS dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum isu yang tersebar khususnya menerusi platform Threads serta video berkaitan dakwaan kebocoran maklumat pengadu berkenaan.
Menurut MPS, dakwaan itu dipandang serius memandangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sentiasa menitikberatkan aspek kerahsiaan dan pengendalian maklumat individu yang diterima melalui saluran aduan rasminya.
“MPS sedang menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti perkara tersebut dan mengenal pasti punca serta keadaan sebenar yang berlaku.
“MPS tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran peraturan dan tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.
Baca juga:
‘Najib masih boleh sumbang idea, pandangan dan pengalaman demi negara’ – PAS
Marhamah Rosli nafi terlibat amalan dukun, New Age
UMNO lancar tabung bantu Najib lunas denda RM50 juta

Terdahulu, seorang penduduk, Raku Nadarajah, mendakwa maklumat dirinya sebagai pengadu kepada MPS telah diketahui pemilik sebuah kedai yang pernah diadukannya. Menurutnya, pemilik premis itu mendakwa memperoleh maklumat berkenaan ketika membuat bayaran saman di kaunter MPS sebelum datang ke rumahnya bersama beberapa individu.
@mediaselangor Seorang penduduk mendakwa maklumat dirinya sebagai pengadu kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bocor sehingga pemilik sebuah kedai yang diadukannya datang ke rumah bagi mempersoalkan tindakannya. Raku Nadarajah berkata, pemilik kedai terbabit mendakwa memperoleh maklumat mengenainya daripada pihak MPS ketika membuat bayaran saman di kaunter. Media Selangor sedang mendapatkan maklum balas daripada MPS berhubung dakwaan kebocoran maklumat pengadu. mediaselangor kliksemasa majlisperbandaranselayang
♬ original sound – Media Selangor – Media Selangor
Memetik laporan Media Selangor, Raku berkata, kejadian itu menyebabkan beliau menghubungi polis kerana bimbang terhadap keselamatannya. Beliau sebelum ini mendakwa membuat enam aduan sejak Mac lalu berkaitan isu penggunaan petak parkir berhampiran sebuah kedai di Jalan Welman yang didakwa menyumbang kepada masalah kesesakan di kawasan berkenaan.
Susulan kejadian itu, Raku mahu MPS mengenal pasti pihak yang didakwa mendedahkan maklumatnya serta mengambil tindakan sewajarnya. Beliau turut menyuarakan kebimbangan insiden seumpama itu boleh menyebabkan orang ramai takut membuat aduan kepada PBT kerana khuatir identiti atau maklumat mereka diketahui pihak yang diadukan.
The post MPS siasat dakwaan maklumat pengadu bocor, tindakan tegas jika terbukti appeared first on The Reporter.






