Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan?

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Siapa nak buat aduan kalau identiti didedahkan?
Kebocoran maklumat pengadu kepada pihak diadukan mencetuskan persoalan tentang keselamatan identiti. Gambar hiasan

MERAK Jalanan sebenarnya tengah marah, bukan kerana seorang rakyat membuat aduan kepada pihak berkuasa tetapi kerana selepas membuat aduan, orang yang diadu pula tahu siapa pengadunya.

Kisah ini Merak Jalanan lihat menerusi satu rakaman video dikongsi seorang lelaki di media sosial. Dia mendakwa membuat aduan kepada sebuah pihak berkuasa tempatan di Selangor.

Namun selepas itu, lima lelaki datang ke rumahnya. Ada yang muda, ada yang sudah berusia. Pengadu tersebut pula tidak berani keluar rumah.

Apa yang membuatkan Merak Jalanan tertanya-tanya ialah apabila seorang daripada kumpulan itu mendakwa maklumat pengadu diperoleh ketika membuat laporan di pejabat pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Macam mana boleh jadi begitu? Kalau benar maklumat pengadu diperoleh daripada situ, siapa yang membocorkannya? Persoalan ini bukan kecil. Orang awam membuat aduan kerana percaya identiti mereka akan dilindungi.

Tetapi kalau selepas membuat laporan, mereka pula terpaksa takut orang datang ke rumah, siapa lagi yang berani menjadi pengadu?

Merak Jalanan faham, dakwaan ini perlu disiasat dan tidak boleh terus menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi satu perkara mesti dijawab; bagaimana maklumat pengadu boleh sampai kepada pihak yang diadukan?

Orang ramai diminta menjadi mata dan telinga pihak berkuasa. Namun kalau mata dan telinga itu pula takut kerana identitinya mungkin terbongkar, jangan terkejut kalau suatu hari nanti rakyat memilih untuk pejam mata dan tutup mulut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved