MPS sita premis gajikan warga asing

26 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPS sita premis gajikan warga asing

SHAH ALAM, 26 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus memperketatkan langkah penguatkuasaan terhadap lesen perniagaan tempatan dengan menyita sebuah kedai makan yang didapati menggajikan pekerja warga asing secara tidak sah.

Hasil pemeriksaan pada 24 September menyita premis kedai makan di Kg Sungai Chinchin, Gombak tersebut yang aktif menjalankan aktiviti perniagaan.

"Premis tersebut disita atas kesalahan menggajikan warga asing untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

"Tindakan sitaan telah diambil di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007," kata MPS menerusi hantaran di Facebook.

MPS memberi amaran tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved