
KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang di sini tidak ubah seperti berada di negara asing.
Tinjauan mendapati deretan premis perniagaan di kawasan tersebut rata-ratanya dikendalikan peniaga dan pekerja dalam kalangan warga asing.
Lebih mengejutkan wartawan Kosmo! yang melakukan tinjauan semalam turut didatangi sekumpulan warga asing yang bertanyakan mengenai keberadaan dan tujuan berada di kawasan tersebut.
Keadaan itu secara tidak langsung mencetuskan suasana janggal apabila wartawan yang merupakan orang tempatan dilihat seolah-olah menjadi ‘orang asing’ di kawasan berkenaan.
Namun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku selepas wartawan dan jurugambar memaklumkan kehadiran kami di lokasi perniagaan itu adalah untuk membeli barangan.
Tinjauan mendapati warga asing dipercayai berasal dari Myanmar dan Bangladesh menjalankan aktiviti jualan termasuk sayur-sayuran, sirih dan makanan kepada komuniti mereka di kaki lima.
Bagaimanapun, aktiviti berkenaan difahamkan lebih ketara pada waktu malam apabila kebanyakan premis perniagaan sudah ditutup.
The post ‘Disoal siasat’ di Selayang, macam masuk negara orang appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-26-at-5.11.12-PM-1024x575.jpeg)




