MPSepang keluar enam notis, lima sitaan terhadap penjaja tanpa lesen

17 Oct 2025 • 11:21 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan enam notis kesalahan (NTK) dan melakukan lima sitaan terhadap penjaja tanpa lesen dalam operasi di Taman Putra Perdana dan Lake Front Cyberjaya.

Operasi dikendalikan Unit Penjaja Zon Utara, Jabatan Penguatkuasaan MPSepang yang dilaksanakan kelmarin, bagi memastikan penjaja menggunakan lesen sah serta tidak menghalang laluan awam.

“Tindakan terhadap penjaja tempatan serta warga asing dibuat di bawah Peruntukan 3, Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSepang) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“MPSepang mengingatkan penjaja supaya memohon lesen yang sah sebelum berniaga bagi mengelakkan kompaun dan sitaan,” katanya menerusi kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved