
PETALING JAYA – Selepas kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu mencetuskan pelbagai reaksi semalam, calon Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) hari ini pula berkongsi pengalaman mereka menjawab kertas subjek Sains dan Matematik.
Difahamkan sebahagian calon mengatakan bahawa kertas Sains dikatakan lebih mudah namun berbeza bagi subjek Matematik.
Seorang ibu di media sosial berkongsi bahawa anaknya menganggap soalan Sains tidak terlalu sukar termasuk soalan berkaitan pucuk tumbuhan.
“Anak saya kata senang je. Yang Sains keluar pucuk-pucuk tumbuhan tu, okeylah,” katanya.
Ada juga yang berkongsi bahawa calon di rumahnya pulang dengan senyuman selepas mendapati kertas Sains lebih mudah berbanding kertas yang dijawab sehari sebelumnya.
Bagaimanapun, keadaan sedikit berbeza bagi kertas Matematik apabila terdapat calon yang berdepan dengan kesukaran apabila menjawab soalan.
“Calon saya kata Matematik peninglah mama, Sains senang betul,” katanya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa yang setiap hari berdebar turut menantikan keputusan anak masing-masing selepas menduduki kedua-dua kertas berkenaan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post MPT4: Kertas Sains mudah, Matematik pula buat calon ‘pening’ appeared first on Kosmo Online.





