MPV Bertembung Dengan Sebuah Pikap, 8 Maut Di Lokasi Kejadian

LocalCars
22 Nov 2024 • 7:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dilaporkan 8 orang maut di Sarikei selepas Perodua Alza yang dipandu melawan arus apabila pemandu cuba mengelak dari pemeriksaan polis.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis mengesahkan kejadian itu dan mengatakan kenderaan MPV tersebut datang dari arah Kuching menghala ke Sibu.

Apabila sampai di Jambatan Nyelong iaitu di Lebuhraya Pan Borneo, kenderaan terbabit bertembung dengan sebuah pikap yang dinaiki lelaki dan seorang wanita.

Tujuh penumpang warga Indonesia maut

image is not available

Kemalangan itu menyebabkan tujuh penumpang dipercayai warga Indonesia termasuk lelaki tempatan yang memandu Perodua Alza itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu pikap cedera ringan dan penumpangnya parah hingga terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sarikei hari ini.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat dan kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro