MPV tular guna lampu biru, siren adalah kenderaan rasmi kementerian

LocalPolitics
6 Feb 2026 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan (kanan) memasang lampu berkelip biru berserta siren di Lebuhraya MEX pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular di media sosial kerana menggunakan lampu berkelip biru berserta siren adalah kenderaan yang digunakan atas tugas rasmi sebuah kementerian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya telah mengenal pasti kenderaan dan pemilik terbabit.

"Kita akan memanggil kenderaan berkenaan dalam masa terdekat untuk pemeriksaan.

“Kenderaan itu digunakan atas tugas rasmi sebuah kementerian dan penggunaan lampu berkelip serta siren telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, media melaporkan polis sedang menyiasat satu video tular yang memaparkan sebuah MPV memasang lampu berkelip biru berserta siren ketika melalui laluan sesak, dipercayai di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di sini pada Rabu.

Mohd Zamzuri dilaporkan berkata, pihak polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil penelitian awal terhadap rakaman video tular itu juga tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved