MPV tular guna siren, lampu biru di MEX milik kementerian

LocalPolitics
6 Feb 2026 • 1:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Polis mengesahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular baru-baru ini kerana menggunakan siren serta lampu biru berkelip-kelip bagi mengelak kesesakan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) digunakan bagi urusan tugas rasmi sebuah kementerian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata penggunaan lampu arah (beacon light) pada kenderaan itu juga telah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pihak polis telah mengenal pasti pemilik serta kenderaan terbabit dan akan memanggilnya dalam masa terdekat bagi tujuan pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu memandangkan siasatan awal terhadap video yang tular itu tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved